Harvey Benjamin Malaihollo (lahir di Jakarta, 3 Mei 1962; umur 50 tahun) merupakan seorang penyanyi berkebangsaan Indonesia.
Harvey adalah anak seorang pelaut dan ibunya adalah seorang penyanyi
berkumpulan Titaley Sisters. Ketika kecil, beliau sudah didedahkan
dengan muzik jazz dan pernah menyanyi bersama ibunya, Maudy Titaley.
Ayahnya, Daniel Benjamin Malaihollo pula selalu memberi dorongan dengan
menghadiahkan kaset dan LP (piring hitam) penyanyi terkenal seperti Frank Sinatra dan Michael Jackson.
Suara dan cara nyanyian Harvey dikatakan ada sedikit persamaan dengan mendiang Broery Marantika
namun dia akhirnya berjaya membentuk imej sendiri dengan imej kumis
yang tebal. Malah kumis itu dianggap membawa tuah kerana ia sudah
menjadi trademark beliau.
Rabu, 21 November 2012
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar